Dayang Angsa

public profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Dayang Angsa

Angsa adalah anak perempuan kepada Tengku Berahim @ Nakhoda Dato Samad dengan pasangannya Aminah. Beliau mempunyai keturunan kesultanan Siak Sri Indra Pura daripada Riau iaitu Sultan Abdul Jalil Alamuddin Shah @ Raja Rabiul Alam [Sultan Siak ke-4, 1766-1780] yang mana baginda memputerakan Tengku Muhammad Ali yang kemudian berhijrah ke Brunei bersama-sama rombongan kerabat diraja yang lain termasuk adindanya Raja Akil. Tengku Muhammad Ali (Sultan Muhammad Ali) ini kemudian menetap di Kg. Burong Pingai Ayer dan menukar namanya menjadi Nakhoda Dato Khamis beranakkan Tengku Berahim @ Nakhoda Dato Samad dan beranakkan Angsa. Di segi susunan atau hirarki, Angsa adalah generasi ke-4 (cicit) kepada Sultan Abdul Jalil Alamuddin Shah @ Raja Rabiul Alam. Tambahan lagi, beliau juga adalah penyambung darah Ahlul Bait (keluarga Rasulullah) generasi ke-38. Pendek kata, Angsa mewarisi darah Ahlul Bait dan juga penyambung darah Kesultanan Melaka, Johor-Riau dan Siak di Brunei.

والله أعلمُ

view all

Dayang Angsa's Timeline